KATEGORI DAN TAJUK


KATEGORI 2: BERBANTU ICT




 PENGGUNAAN GOOGLE FORM SEBAGAI ALAT PENILAIAN FORMATIF



NUR UL-HUDA BINTI MOHD ASMONI
MOHAMAD HAFIZAL BIN IBRAHIM
SARAH NABILA BINTI MD SALLEHUDDIN KHAN




UNIT BIOLOGI, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR




PENGGUNAAN ‘GOOGLE FORM’ SEBAGAI ALAT PENILAIAN FORMATIF.
MOHAMAD HAFIZAL BIN IBRAHIM
NUR UL-HUDA BINTI MOHD ASMONI
SARAH NABILA BINTI MOHD SALLEHUDDIN KHAN

Abstrak


Ujian dan penilaian adalah salah satu bidang tugas yang tidak asing lagi bagi seorang guru. Ujian digunakan untuk menilai keberkesanan hasil pembelajaran. Dalam melaksanakan ujian dan penilaian, banyak halangan yang dihadapi oleh guru-guru. Antaranya adalah penggunaan kertas yang berlebihan, masa tambahan untuk menyemak jawapan-jawapan pelajar, memerlukan ruang penyimpanan kertas soalan yang telah digunakan dan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan kembali soalan-soalan tersebut. Berdasarkan kelemahan di atas, terdapat teknologi yang boleh digunakan untuk mengubah cara soalan dibuat dengan tidak menggunakan masa guru dan penggunaan kertas yang berlebihan. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Google Form sebagai salah satu alat penilaian formatif.. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan teknik pengumpulan data dalam bentuk soal selidik dan kajian dokumentasi. Subjek kajian ini adalah pelajar Program Satu Tahun Sesi 2018/2019 Kolej Matrikulasi Selangor. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa prosedur untuk membangunkan soalan secara dalam talian menggunakan Google Form bermula dari peringkat perancangan, membuat soalan, menerbitkan dan menyediakan arahan untuk digunakan. Data daripada soal selidik pelajar menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar suka dengan penggunaan penilaian secara dalam talian (83.3%), mudah diakses (90.9%), masa menjadi lebih cekap (86.9%), menjimatkan penggunaan kertas (100%), kaedah penggunaan yang mudah difahami (90.9%), paparan mudah difahami (94.9%), penggunaan bahasa adalah sesuai dan mudah difahami (96%), gambar yang dipaparkan sesuai dengan penilaian(96.0%), keputusan boleh didapati sejurus selepas penilaian (97.0%) dan penggunaannya boleh dikembangkan untuk topik-topik seterusnya (94.9%). Oleh itu, Google Form sangat berguna untuk pensyarah dan pelajar untuk mengumpul, mentadbir dan menganalisis data prestasi pelajar.





PELAJAR MODUL 1 DAN 3 PROGRAM DUA SEMESTER 
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR


No comments:

Post a Comment